📅 6 April 2026
📍 Bilik Mesyuarat Sri Duta, E8
🏢 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah mengadakan sesi libat urus strategik bersama NUTP sebagai rakan penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.
Sesi SLU ini yang dipengerusikan oleh Pengarah BPK, Hjh Nooraini binti Kamaruddin memberi tumpuan kepada dua perkara utama:
🔹 Mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan latihan guru
🔹 Membincangkan isu-isu pengoperasian dalam pelaksanaan kurikulum baharu
Perbincangan berlangsung secara terbuka dan konstruktif dengan penglibatan barisan kepimpinan NUTP yang diketuai oleh Presiden, Sdr. Aminuddin bin Awang, bersama ahli-ahli majlis tertinggi yang lain. Pelbagai pandangan, cadangan dan pengalaman lapangan telah dikongsikan bagi memastikan kurikulum yang dirangka benar-benar praktikal, inklusif dan berimpak tinggi kepada guru serta murid.
🤝 Sesi ini mencerminkan komitmen berterusan KPM melalui BPK dalam memperkukuh kolaborasi strategik bersama pemegang taruh pendidikan, khususnya warga pendidik, demi memastikan Kurikulum Persekolahan 2027 dapat dilaksanakan dengan berkesan dan holistik.
Bersama membina masa depan pendidikan negara.

Discover more from NUTP SELANGOR

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading