Mengenai Kami



Pada tanggal 27 Jun 1974, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (National Union of the Teaching Profession) atau ringkasnya NUTP telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi sebagai Kesatuan Sekerja. Penubuhan NUTP adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK). Presiden pertama NUTP ialah Allahyarham Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman Manakala Saudara Aloysius Mathews pula merupakan Setiausaha Agung pertama ketika itu.

Keahlian NUTP terdiri daripada pelbagai kategori guru dari semua jenis peringkat sekolah di Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi. Keahlian NUTP sehingga 31 Oktober 2024 adalah seramai 202,675 orang ahli dan telah menjadikan NUTP sebuah Kesatuan Guru yang terbesar di Malaysia.
Ibu Perjabat NUTP terletak di Kuala Lumpur. NUTP juga mempunyai 12 cawangan di seluruh negara. Peranan cawangan NUTP adalah membantu mengelolakan aktiviti dan memproses tuntutan bayaran semua tabung kebajikan NUTP. Ini memudahkan ahli-ahli NUTP serta kaedah ini membolehkan NUTP bergerak secara berkesan dan aktif.
NUTP sentiasa prihatin dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua ahli NUTP. Dalam pada itu juga, NUTP akan memastikan melalui perhubungan kerjaya dan keistimewaan khas serta perkara-perkara lain yang boleh menjadikan NUTP sebuah kesatuan guru yang disegani.
Sehubungan dengan itu, NUTP akan berusaha meningkatkan kebajikan ahli-ahli NUTP dari segi sosial serta menawarkan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan profesion pendidikan. Di samping itu, NUTP akan membantu kaum pendidik memahami peranan mereka untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Penubuhan KPPK Cawangan Selangor
Kesatuan Profesioan Perguruan Kebangsaan Cawangan Selangor telah ditubuhkan dengan matlamat utama untuk memperkasakan profesien perguruan di negeri ini. Sebagai sebuah pertubuhan yang diiktiraf, NUTP Selangor bertanggungjawab untuk menyuarakan hak-hak dan kebajikan guru-guru di negeri ini, serta memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti pendidikan terus terjaga dan berkembang.
NUTP Cawangan Selangor berkait rapat dengan penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di peringkat pusat pada 23 Jun 1974. NUTP sendiri lahir daripada gabungan dua kesatuan guru yang besar pada waktu itu, iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KGGMS).
Berikut adalah ringkasan berkaitan sejarah dan perkembangan NUTP Selangor:
- Tujuan Penubuhan: Cawangan Selangor ditubuhkan sebagai sayap negeri untuk menyelaraskan kebajikan dan memperjuangkan hak guru-guru di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
- Peranan Utama: Ia berfungsi sebagai perantara antara ahli (guru) dengan NUTP Pusat, serta menangani isu-isu pendidikan tempatan di peringkat negeri.
- Sambutan Jubli Emas: Pada tahun 2024, NUTP menyambut ulang tahun ke-50 (Jubli Emas), menandakan lima dekad penglibatan cawangan-cawangan negeri termasuk Selangor dalam memartabatkan profesion perguruan.
- Pusat Pentadbiran: Wisma NUTP Selangor kini beroperasi di Pusat Perniagaan Bukit Raja, Shah Alam, yang menjadi pusat khidmat bagi ahli di seluruh negeri.
Perjuangan KPPK Cawangan Negeri Selangor
Penubuhan NUTP Negeri Selangor adalah satu usaha untuk menyatukan tenaga pendidik dalam satu platform yang kukuh, di mana setiap ahli dapat berkongsi ilmu, pengalaman, dan aspirasi dalam memajukan profesion perguruan. Dengan sokongan daripada pelbagai pihak, NUTP Negeri Selangor berusaha untuk memperbaiki keadaan pendidikan di peringkat negeri dengan mengadakan pelbagai program pembangunan profesional dan aktiviti yang memberi manfaat kepada guru-guru di semua peringkat.
Sebagai suara pendidik, NUTP Negeri Selangor juga berperanan dalam memperjuangkan kesejahteraan dan hak-hak guru, memastikan mereka mendapat sokongan yang sewajarnya untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dalam mendidik generasi masa depan. Dalam setiap langkah, NUTP Negeri Selangor sentiasa komited untuk menjadikan pendidikan di negeri ini lebih cemerlang dan berdaya saing.
Tentang Kami
KPPK dikenali sebagai Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia. KPPK adalah kesatuan yang ditubuhkan untuk guru-guru oleh para guru pada tahun 1974. Ia adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGGSK).
- Kesatuan sekerja yang terbesar di Malaysia
- Kesatuan yang terbesar dalam Perkhidmatan Awam
- Kesatuan guru yang tunggal di dalam CUEPACS.
- KPPK menganggotai Majlis Bersama Kebangsaan (MBK).
- Pengasas Asean Council of Teachers (ACT)
- Anggota tunggal dari Malaysia dalam “Education International”.
- Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan agensi-agensi lain melalui Education International.
Matlamat Kami
- Pembela kaum guru dan profesion keguruan
- Sentiasa prihatin terhadap perkhidmatan para guru
- Meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi sosial dan material
- Membantu kaum guru memahami perananya dalam mengisi hasrat Falsafah Pendidikan Negara
- Meningkatkan imej dan martabat professionalisme guru