
Majlis Penyampaian Cek (Mock Cheque) telah diadakan kepada ahli NUTP, iaitu Sdri. Aw Pek Cheng, yang telah kehilangan anak tersayang di kediamannya. Anak beliau telah meninggal dunia akibat kemalangan di rumah. Sdri. Aw Pek Cheng sebelum ini telah mencarum insurans MUI dengan kadar caruman sebanyak RM5.00 sebulan bagi perlindungan anaknya. Dengan caruman RM5.00 sebulan, ahli NUTP ini telah mendapat pampasan sebanyak RM113,028.57.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Sdr. Mohd Koiry bin Abdullah, Setiausaha Cawangan NUTP Selangor; Sdr. Mohd Faizee Azwar bin Ariffin, Bendahari Cawangan NUTP Selangor; serta wakil insurans NUTP daripada Syarikat Tony NG Associated.
Pelan MUI PA merupakan pelan takaful kemalangan diri yang diperkenalkan oleh NUTP sejak tahun 1996, dengan kadar caruman serendah RM5.00 sebulan.
Manfaat Utama Pelan MUI PA:
Kematian akibat kemalangan: sehingga RM223,000
Keilatan Kekal Penuh: sehingga RM220,000
Elaun hospital harian (Hospital Kerajaan): RM100 sehari (maksimum RM2,000)
Perbelanjaan perubatan hospital swasta: sehingga RM3,000
Elaun perjalanan keluarga: RM50 seminggu (maksimum RM500)
Perlindungan sehingga usia 70 tahun
Mcmana sy nak semak mencarum insuran MUI